Thursday, January 15, 2009
Anwar dan Israel: Apabila Tali Barut Terjerut
Baru-baru ini, seorang pengunjung blog Anwar Ibrahim bertanyakan tentang penglibatan beliau semasa di Annapolis Summit 2007 dimana beliau diatas kapasiti individu telah menandatangani surat sokongan bagi mengiktiraf negara Israel. Namun, beliau menyangkal dengan mengatakan bahawa semua itu fitnah yang sengaja direka-reka walaupun buktinya memang jelas dan nyata.
Ini respon beliau. Dipetik dari posting ini.
Saudari Munirah, Saya kurang pasti siapa yang sasau menyebar dakyah sebegini dengan dendam kesumat sademikian. Mungkin hasil latihan fitnah BTN! Secara konsisten saya menggesa pengiktirafan ke atas HAMAS dan menegur pimpinan UMNO-BN kerana mengenepikan wakil HAMAS di Kuala Lumpur. Saya tidak pernah menyentuh apa lagi mendukung Annapolis Summit. ANWAR IBRAHIM
Maka, mari kita lihat artikel dan surat yang disiarkan oleh The Washington Note (klik disini)serta nama-nama mereka yang telah monyokong dan menandatanganinya.
STEVEN CLEMONS dalam The Washington Note mengesahkan ANWAR IBRAHIM, bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia turut sama menandatangani surat 'sokongan' deklarasi "Annapolis Summit 2007" kepada Presiden George W. Bush dan Secretary of State, Condoleezza Rice, pada 10 October 2007. ANWAR IBRAHIM dilaporkan telah menandatangani surat 'sokongan' deklarasi itu sebaris dengan JOHN McLAUGHLIN, bekas Timbalan Pengarah CIA; SHLOMO BEN-AMI, bekas Menteri Luar Negara Israel; HARRIET BABBITT bekas Pengarah NDI; JOHN MALOTT, bekas Duta US; CHRISTOPHER PATTEN, Co-Chair of ICG; STEVEN CLEMONS, Pengarah, New America Foundation dan lain-lain lagi.
Artikel Dari The Washington Note (klik disini)
Surat sokongan kepada Presiden Amerika Syarikat (klik disini)
Semua nama-nama itu merupakah bekas-bekas tokoh berpengaruh kerajaan Amerika dan tokoh luar negara yang pro Amerika. Sudah semestinya tokoh-tokoh Amerika itu sudah mengenali siapakah Anwar Ibrahim dan mengetahui atas alasan apa bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia turut dijemput menandatangani surat deklarasi itu.
Demikian lah dolak-dalih si Tali Barut yang akhirnya menjerut dirinya sendiri..
Artikel dan gambar dari AIDC. Klik untuk kupasan sepenuhnya.
dipetik daripada : http://www.mohdsaifulbukhari.blogspot.com/
Wednesday, January 7, 2009
Israel Kejam!
MENYAYAT HATI... Mayat seorang kanak-kanak perempuan yang hanya nampak kepala ditemui di bawah runtuhan rumahnya yang musnah akibat serangan tentera Zionis di Gaza, semalam.
Penduduk Palestin berada di ambang maut apabila bantuan ubat-ubatan, air bersih dan makanan tidak dapat disalurkan akibat sekatan Israel.
Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) sifatkan keadaan di Gaza sangat-sangat berbahaya dan meruncing.
Semua hospital di Gaza kehabisan bekalan darah dan ubat-ubatan terutama vaksin tetanus untuk kanak-kanak.
Rejim Zionis tidak akan mengadakan gencatan senjata selagi Hamas tidak ‘berundur’ dan berhenti melepaskan tembakan roket ke wilayah Israel.
Saturday, January 3, 2009
Laungan 'Jahanam Israel' berkumandang di Masjid Negara
| | |

Akibat daripada itu, bertempat di Masjid Negara Kuala Lumpur sebentar tadi, sejumlah 500 umat Islam berkumpul menyertai Himpunan Aman Palestin sambil meluahkan rasa amarah yang tidak berkesudahan kepada rejim zionis Israel itu sambil menggesa negara-negara Islam mengambil tindakan drastik bagi mengelak pertumpahan darah berlaku lagi yang bermula sejak 60 tahun lalu tanpa henti. 
Pelbagai slogan dan sepanduk dinaikkan antaranya "Support Palestin" di samping laungan penuh benci orang ramai seperti "Jahanam Israel!" "Hancur Yahudi!" berkumandang di pekarangan masjid tersebut yang turut menarik perhatian kenderaan-kenderaan yang lalu-lalang di bulatan berhampiran pintu masuk masjid.
Himpunan hari ini diketuai sendiri oleh Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub bersama pimpinan PAS dan NGO yang lain seperti Ketua Pemuda PAS Wilayah Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad dan Ketua Angkatan Muda KeADILan Shamsul Iskandar Mat Akin.
Sungguhpun terdapat sejumlah 50 anggota polis, kehadiran mereka dilihat sekadar memantau perjalanan himpunan aman tersebut dan setakat ini tiada sebarang insiden yang tidak diingini dan tangkapan berlaku. 
Sementara itu di Pahang Ketua Penerangan Pemuda PAS Pahang, Abdullah Abdul Karim memaklumkan bahawa Gabungan NGO-NGO Islam Pahang dan Pakatan Rakyat turut mengadakan Himpunan Aman Intifadah pada hari ini selepas solat Jumaat di Perkarangan Masjid Abu Bakar, Temerloh.
Manakala Mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) juga mengutuk serangan kejam rejim Yahudi ke atas rakyat Palestin dengan mengadakan himpunan sama di perkarangan Masjid Sultan Haji Ahmad Shah (SHAS), UIAM Gombak selepas solat Jumaat hari ini. 
Pada 30 Disember lalu Naib Presiden PAS Mohamad Sabu telah menghantar memo bantahan kepada wakil kedutaan Amerika dan lebih 500 orang daripada pelbagai NGO dan parti-parti politik menyertai himpunan di hadapan kedutaan Amerika tersebut.
Dilaporkan setakat ini seramai 360 orang dan hampir 1700 orang cedera akibat kebiadapan Israel yang melakukan serangan di Gaza sejak Sabtu lalu. Dalam pada itu sesiapa yang berhasrat untuk menyumbang dana bagi membantu meringan beban penduduk Palestin bolehlah dimajukan ke Tabung Palestin di nombor akaun Maybank 564070703248 atas nama PARTI ISLAM SEMALAYSIA - azm
